Mrs Mama is Back to Work
Thursday, July 19, 2018
Post kali ini didedikasikan untuk isteri yang tersayang, Syarifah Azmilia Syed Baniamin. Ceritanya bermula pada tujuh bulan yang lepas. Selepas hampir enam tahun bersama dengan sebuah syarikat khidmat pelanggan di Kuala Lumpur Sentral, dan membuat promosi berasaskan perlindungan insurans, suri hati abang bomba ini memutuskan untuk berhenti kerja dan berehat dirumah buat sementara. Pada waktu tu, anak kami Nuryumna berumur setahun setengah. Sebagai seorang suami yang memahami, because I was there in her shoes before, saya tiada apa-apa halangan ataupun bantahan. Jadi, dia putuskan untuk meletak jawatan dan berhenti dari posisi dia sebagai Eksekutif Pemasaran di syarikat dan kembali menggalas tugas di rumah sebagai Pengurus Rumahtangga.
![]() |
| Queen Azmilia - Sentul Park, KL |
Pada awalnya, kami pun rasa ragu-ragu dengan keputusan untuk dia berhenti kerja. Yelah, disebabkan pada waktu itu, pinjaman perumahan kami telah diluluskan dan si suami pun baru tukar kereta baru dan komitmen juga agak tinggi. Thus, after a thorough discussion and considered all the possible outcomes that we will face later, we came out with the conclusion that it is fine for her to quit the job. Bagi saya, banyak perubahan positif sepanjang tempoh rehat isteri selama ni antaranya:
- dia dah tak mengadu sakit kepala atau migrain, which was her everyday complain before.
- bila saya balik rumah makanan sudah terhidang sedia and she is a good cook
- dia boleh meluangkan masa 24 jam bersama anak di rumah
Yes, I am happy that she was always at home. But now, after seven months of taking a break, she is going back to work. Alhamdulillah, she was offered a position at a bank in Kuala Lumpur and this week is her first week at the new place. I wish you all the best my dear. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan untuk mencari rezeki untuk keluarga. I love you.
by Alhafizol






0 comments