Score Run Day Edition 2018
Sunday, July 22, 2018![]() |
| Score Run Day Edition 2018 |
Allahuakbar, sakit-sakit badan hari ni gara-gara banyak sangat berlari semalam di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Bersyukur juga semalam sempat meluangkan masa untuk aktiviti sihat macam ni dengan menyertai larian Score Run Day Edition 2018 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Untuk tahun ni, acara Score Run ni merupakan program larian ketiga yang saya sertai dan saya dengan penuh ambitious telah mendaftar untuk acara 13 KM. Preparation? None. Sebab sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain (excuses, excuses..) jadi pergi bawa badan sajalah semalam. But since I failed to plan anything for the event, banyak benda-benda yang tak dijangka berlaku semalam yang boleh diceritakan.
Malam sebelum larian saya dah siapkan pakaian untuk esoknya. Sebelum tidur pun, alarm telefon pun dah disetkan pukul 5.00 pagi untuk bangun dan bersiap dengan harapan pukul 5.30 pagi dah boleh bergerak ke Dataran Merdeka sebab masa untuk flag off acara 13KM pada 6.00 pagi. First thing, alarm aku pagi semalam tak berbunyi plak tapi nasib baik Mrs. Wife punya alarm berbunyi jadi saya pun bangunlah jam 5.15 pagi. Mandi pun tergopoh-gopoh lepas tu nak bersiap tengok seluar yang saya letak kat lantai tepi almari tak ada. Allahuakbar, tengok bakul busuk kosong. Sah, Mrs. Wife dah basuh semua. Kejutkan wife tanya dia seluar dah basuh atau ada simpan kat tempat lain. Tapi betul sangat seluar dah basuh. Maka membebel la saya dekat wife sambil wife kena korek balik bakul kain yang baru basuh tu. Ingat balik kesian pula dekat wife saya kena marah pagi tu. I am sorry sayang.
| Finished 13KM Run - Dataran Merdeka |
Maka kalutlah saya pagi tu, mencari seluar, mencari kasut dan sebagainya. Nampak sangat tak ada preparation kan? Jadi bila siap semua terus start enjin kereta. Buka waze apps tengok dalam 15 minit, jadi sempatlah sampai sebelum pukul 6.00 pagi. Tapi agak mengecewakan bila hampir semua jalan yang waze cadangkan ditutup untuk acara larian. But, I was not giving up at all. I asked the police officer who is blocking the road where I can park my car. He suggested to me to park at Jalan Tun Sanbathan so I went there and true enough there were a few parking lots available. Parked my car there and walked to the Dataran ( about 15 minutes??!) and started running at about 6.30, 30 minutes later than the rest of the participants in my category. To cut the story short, I ran the 13KM challenging track and after 2 hours and 30 minutes, I crossed the finish line! It was an accomplishment for me since I never run (and walk) for 13KM before. I am proud of myself. So, come on next challenge!
| 13KM - E-5498 - 02:37:22 -Dataran Merdeka |
by Alhafizol






0 comments