Raya 2020, Hikmah Dalam Perintah Kawalan Pergerakan
Tuesday, June 02, 2020
Alhamdulillah, genap sebulan berpuasa dan kini kita sedang menyambut bulan Syawal yang penuh dengan kesyukuran dan kegembiraan. Rata-rata kalau tengok update di media sosial melahirkan rasa yang sangat berbeza menyambut raya pada kali ini memandangkan perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan untuk kita pulang ke kampung menyambut Hari Raya bersama keluarga. Walau bagaimanapun, kita harus bersyukur pada tahun ini kita masih diberi kesempatan untuk menyambut raya walaupun dengan penuh kesederhanaan.
Bagi keluarga saya, Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh kesederhanaan. Tiada balik kampung walaupun perancangan asal adalah untuk beraya di Kedah bersama keluarga besar mertua. Tahun ini juga merupakan tahun pertama kami beraya berempat, jadi persediaan untuk baju raya telah dibuat awal sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berkuatsa lagi. Dengan pilihan warna merah pada tahun ini, kami masih lagi mampu tersenyum menggembirakan hati anak-anak yang nyatanya teruja menyambut raya terutamanya kakak Yumna.
Raya 2020 merupakan raya yang penuh sederhana tanpa sebarang pembaziran berlaku. Duit raya pun banyak jimat tahun ni memandangkan tida tetamu yang datang ke rumah dan kami pun hanya beraya di rumah keluarga bersama mertua dan adik beradik sahaja. Itulah hikmahnya disebalik raya tahun ini, kurang pembaziran dan banyak penjimatan.
Jadi, dikesempatan ini kami sekeluraga menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada semua kenalan dan keluarga jika ada sebarang salah silap. Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin dari saya sekeluarga.









0 comments